Untuk minggu ke-6 kami belajar tentang Gamifikasi atau istilah inggerisnya gamification. Kuliah ini diberikan oleh Dr Norhafizah.
Gamifikasi ditakrifkan sebagai penggunaan permainan yang mempunyai unsur-unsur reka bentuk dalam konteks bukan permainan. Dalam konteks pendidikan pula, gamifikasi dikatakan sebagai elemen permainan yang dapat meransang dan memberikan motivasi kepada pengamalnya agar pengajaran dapat diintegrasi dalam bentuk permainan. Jadi pendekatan yang menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) ini dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan interaktif, selain menjadikan aktiviti yang pada asalnya bukan permainan sebagai satu aktiviti bermain yang formal dan serius. Terdapat banyak aplikasi yang menyeronokkan yang boleh digunakan di dalam kelas seperti Quizlet, Quizup, Quizizz, 7 perkataan kecil & yang paling terkenal ialah Kahoot !. Gamifikasi juga hadir dalam bentuk permainan secara langsung dan tidak terlibat dengan unsur-unsur teknologi. Antaranya ialah dengan pengiraan sistem mata (points), lencana pencapaian(badges), tahap perkembangan(level/progression), leaderboard dan cabaran(quests). Jadi, zaman kini pembelajaran di bilik darjah tidak lagi berpusat pada guru. Kami melaksanakan pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar dengan bantuan alat bantu mengajar. Para guru hanya akan berada di sana untuk membantu anda.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2019
Categories |