Minggu ke-3 berlangsung pada 23 september 2019. Pensyarah yang mengajar pada minggu ini ialah Mejar Jasmy. Beliau amat tegas semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebelum bermulanya kuliah, beliau menegaskan bahawa setiap pelajar haruslah menjaga disiplin, tingkah laku dan masa. Pembelajaran dimulakan dengan pendedahan definisi Teknologi. Beliau menerangkan kami tentang definisi dan konsep teknologi dan juga inovasi dimana teknologi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan dan berkesan di dalam kelas. Antara contoh gambaran teknologi yang ditunjukkan oleh Mejar jasmy melalui youtube. cth: kereta masa depan auto. https://www.youtube.com/watch?v=YEn9bQkBXkE.
Selain itu, mejar jasmy juga menerangkan tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran . contohnya menggunakan alat atau pendekatan seperti powtoon ,powerpoint dan lain lain. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih ringkas dan padat malah secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah dengan cepat dan mudah. Jadi, teknologi bukanlah hanya bergantung pada ict, internet atau lain-lain. Akan tetapi ianya idea atau ilmu yang tercetus oleh seseorang dalam menghasilkan sesuatu benda yang berkaitan dengan elektronik.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2019
Categories |